PENGENALAN
U.n.i KLINIK ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, servis berpatutan dan hubungan komuniti yang berhemah kepada masyarakat.
“U.n.i” adalah singkatan kepada “You and I” yang melambangkan suatu bentuk kata nama kepercayaan dari pihak pelanggan/pesakit kepada pemberi servis kesihatan/doktor yang bertanggungjwab.
Akronim ini amat mesra kepada ingatan dan sebutan pelanggan/pesakit dan mempunyai nilai unik yang tersendiri.
U.n.i KLINIK merupakan rangkaian klinik swasta yang mempunyai spesifikasi yang seragam mengikut piawaian dan mempunyai ciri-ciri permodenan dari segi struktur binaan dan sistem jaringan informasi pesakit.
Pesakit boleh mendapatkan akses perubatan di seluruh Malaysia dan rangkaian maklumat boleh diakses di semua rangkaian U.n.i KLINIK.
Oleh yang demikian, U.n.i KLINIK akan berkembang menjadi sebuah jaringan pusat perubatan swasta yang akan memacu pembangunan budaya hidup sihat kepada organisasi dan masyarakat serata Malaysia.
VISI & MISI
VISI
Menjadi Pengamal Perubatan Bumiputera di dalam bidang penjagaan kesihatan berfokuskan komuniti yang menerapkan perkhidmatan holistik dan berkualiti tinggi.
MISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat, serta membina perhubungan yang mesra kepada masyarakat selari dengan etika Pengamal Perubatan yang baik bagi menyumbang kepada budaya hidup sihat.
SERVIS
UNIKLINIK menawarkan pelbagai perkhidmatan servis kesihatan yang unik dan berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan anda. Dengan pelbagai pilihan yang tersedia, kami memastikan kepuasan dan kesejahteraan pelanggan adalah keutamaan utama kami.
Berikut adalah beberapa servis yang kami sediakan:
1) Ujian Darah:
Menjalankan ujian darah dengan teliti untuk memberikan maklumat terperinci tentang kesihatan anda.
2) Ultrabunyi bersama Doktor Wanita:
Pengalaman ultrabunyi yang selesa dan bersahaja bersama doktor wanita untuk memastikan keselesaan anda sepanjang prosedur.
3) Pemeriksaan Jaundis Bayi:
Menyediakan pemeriksaan khusus untuk mengesan jaundis pada bayi, dengan penjagaan khas untuk keselesaan mereka.
4) Ultrabunyi Sistem Muskuloskeletal:
Ujian ultrabunyi yang teliti untuk mendiagnosis masalah muskuloskeletal dan memberikan panduan rawatan yang efektif.
5) Ujian Darah Denggi:
Ujian darah yang cepat dan efisien untuk mengesan dan mencegah penyebaran penyakit denggi.
6) Swab Covid-19:
Pemeriksaan swab yang teliti dan cepat untuk mengesan virus Covid-19, menjaga keselamatan anda dan komuniti.
7) Sinar-X:
Menyediakan perkhidmatan sinar-X yang cekap untuk membantu diagnosis dan pengurusan penyakit.
8) Vaksin Influenza:
Melindungi diri anda daripada jangkitan influenza dengan vaksin berkualiti tinggi.
9) Vaksin Pneumokokus:
Menyediakan vaksin untuk melindungi daripada penyakit yang disebabkan oleh bakteria pneumokokus.
10) FOMEMA:
Memudahkan anda menjalani pemeriksaan kesihatan berkala mengikut keperluan FOMEMA.
11) Nebuliser:
Menyediakan perkhidmatan nebuliser untuk pesakit yang memerlukan rawatan saluran pernafasan.
12) Pembedahan Kecil:
Menawarkan perkhidmatan pembedahan kecil dengan penjagaan yang teliti dan berkesan.
Di UNIKLINIK, keutamaan kami adalah memberikan servis kesihatan berkualiti tinggi, menyeluruh, dan memberikan kepuasan kepada setiap pelanggan.
Hubungi kami:
U.n.i KLINIK
313, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 3/6,
Pusat Dagangan Sendayan, 71950 Seremban Negeri Sembilan
No. Telefon : 0172055080